Wednesday, December 12, 2012

Ombak dan Pantai 2

Susulan dari entri Ombak dan Pantai.
Truly, Madly, Deeply
-TiM TiM-

Wednesday, November 21, 2012

Ombak dan Pantai

"Aku nak jadi ombak dan pantai. Walau ada pasang dan surut, gelora melanda, mereka tetap bersama. Tiada siapa boleh memisahkannya. Sentiasa setia. ombak selalu mengejar pantai. Pantai setia menunggu ombak walaupun sakit dipukul ombak. Hanya kesetiaan yang boleh aku berikan pada dia".
Truly, Madly, Deeply
-TiM TiM-

Thursday, November 1, 2012

Missing...

Harap dapat balik dalam masa yang terdekat ini. Aku mahu merehatkan minda yang tengah kacau-bilau, mencari kembali kekuatan dan tak tahu nak terangkan macam mana.
Menangis dalam diam,
-TiM TiM-

Wednesday, October 31, 2012

Masa Sudah Tiba

Aku akan mengundur diri. Bukan mengaku kalah, cuma tidak mahu terlalu berharap. Siapa aku untuk memiliki semua itu. Aku serahkan segala-galanya pada Allah S.W.T. Hanya Allah yang tahu mana yang terbaik untuk insan yang kerdil ini. Ya Allah, pujuklah hati aku untuk menerima semua ketentuan ini.
Truly, Madly, Deeply
-TiM TiM-

Wednesday, September 12, 2012

Perlu Diluahkan

Kenapa Allah tidak campakkan aku jauh-jauh? Kenapa aku perlu menghadapi semua ini? Salahkah aku menjaga hati aku sendiri? Pernah tak anda semua memikirkan perasaan saya di saat anda melukakan hati saya? Pernahkah anda fikir orang bujang pun banyak tanggunggan berbanding dengan orang yang dah kahwin? Jangan jadikan itu sebagai alasan orang yang dah kahwin apabila berkata kepada orang yang masih bujang lagi... Salahkah saya memiliki satu keperluan yang memang kebanyakan semua orang sudah memilikinya? Salahkah saya jika saya sudah menjumpai orang yang mampu membuatkan saya bahagia dan tersenyum walaupun sekejap sahaja? Salahkah saya jika saya rasa baru nak bahagia setelah lama saya menunggu saat itu?
From the bottom of my heart, TiM TiM

Tuesday, December 6, 2011

Today I'm Lost

Today I’m lost…
Really lost, lost, lost…
I want to cry…
I want to cry, cry, cry…
Need you right now, Ya Allah…
I really miss you, Ya Allah…
I just want to say something…
But I don’t know how to say that…
That’s why I want to cry…
Only tears help me to relieve all…
Ya Allah, please help me…
Please always be my side…

From the bottom of my heart
-TiM TiM-

Sunday, June 14, 2009

Arwah Abah Dalam Kenangan





6 April 2009, jam 9.05 mlm tarikh yg aku xkan lupakan sampai bila2...
Tarikh yg membuatkan aku hilang seorang hero dlm hidup aku...
Tarikh yg membuatkan semua ahli keluarga aku kehilangannya...
Saat dia pergi dgn tenang, semua adik beradikku menangis tak henti2...
Tergamam...tak tau nak cakap apa2...
Di mana emak aku hanya tertunduk bila dapat tau berita itu...
Ya Allah, Kau menguji kami sekeluarga...
Sekejap sahaja Kau meminjamkan dia untuk kami sekeluarga...

Saat dia dibawa balik ke rumah mlm itu...
Aku, abg n kakak aku hanya senyap jer dlm kereta...
Tak tau nk cakap....tak tau nk bercerita....
Tak tau nk meluahkan...
Hanya al-fatihah n yassin menjadi peneman setia...
Aku x sanggup nk berada bersama dengannya di dalam van itu...
Aku tak kuat....Aku ahhhhhhhhh.....
Hanya adik aku yg lelaki sahaja diberi mandat untuk bersama dengannya di dalam van itu...

Sampai di rumah, tubuh dia terbujur kaku....
Menghadap kiblat....
Saat yassin n bacaan al-Quran bergema....
Saat bau kemenyan di dalam rumah...
Apabila saudara mara aku membuka kain yg menutup mukanya...
Ya Allah, masa itu aku terlalu kuat untuk menatap wajahnya...
Aku dapat lihat wajahnya begitu tenang...
Dengan wajah yg tersenyum....
Saat itu aku baru tahu, dia sudah bersedia untuk meninggalkan isteri dan juga anak2nya..
Dia sudah bersedia meninggalkan segala apa yg bermain di fikirannya selama dia hidup....
Dia sudah letih dengan segala2nya....

Pagi keesokannya, ramai yg datang melihatnya...
Ramai yg terasa sebak sebab pemergiannya secara tiba2...
Di mana sebelum ini dia x pernah sakit kuat...
Rupa2nya sakit stroke yg dialami dlm seminggu yg lepas adalah petanda dia akan dijemput oleh Allah...
Akan pergi selama2nya...

Saat dia dimandikan, aku terasa sayu sbb aku x dpt melihatnya...
Tapi saat dia dikafankan....
Ya Allah, aku menangis....
Semua adik-beradikku yg perempuan menangis....
Yg lelaki, aku lihat begitu tabahnya.....x menangis...
Mungkin diaorg tak nak kelihatan lemah di hadapan adik-beradiknya yg perempuan...
Saat aku mencium dahi dan juga pipi dia...
Ya Allah, betapa sejuknya....
Ramai yg memesan, jangan menangis di hadapannya...
Tak elok...
Aku blh tahan tp slps itu, air mata aku keluar....
Tak dapat ditahan2...
Sebelum muka dia ditutup, saat terakhir kami sekeluarga melihatnya....
Kami redha dgn ketentuan ini...
Dugaan dari mu, Ya Allah Ya Tuhanku...

Masa dia disembahyangkan di masjid....
Aku n adik aku yg perempuan shj pergi tgk...
Kami tggu kat luar...
Ya Allah, ini masjid yg dia selalu pergi untuk sembahyang jumaat...
Tapi masjid ini juga menjadi tempat dia disembahyangkan..

Saat dia dibawa ke tempat yg menjadi perantaraan dunia n akhirat....
Hati aku berasa sayu...
Cepatnya dia pergi....

Saat dia dikebumikan, aku sudah habis air mata...
Sudah kering...
Aku hanya memerhati sahaja dia diletakkan di dalam lubang tanah itu...
Aku redha dgn ini....
Aku teringat kata2 mak aku saat slps dia pergi...
Dia akan tggu kita di sana...doa byk2 utk kesejahteraan dia...
Aku berkata dalam hati...
Abah, tggu kami semua di sana...

Talkin dibaca, kami yg ada di situ hanya berteleku dan mendengar sahaja...
Saat kami menyiram pusaranya....menabur bunga....
Tak sangka cepatnya dia pergi...
Selepas imam pergi, aku n adik beradikku membaca yassin dgn diketuai oleh bapa saudaraku....merangkap adik ipar dia...
Semasa yassin dibaca, kakakku tak dapat menahan perasaan...
Menangis....
Aku hanya memandang sahaja...
Nak nangis, air mata aku sudah kering....
Aku sudah puas menangis...
Slps yassin dibaca, bapa saudaraku berkata sedekahlah al-fatihah byk2...
Sbb insyaallah...al-fatihah akan terus sampai kat dia....

Saat kami meninggalkan dia, abg aku n adik aku yg lelaki terasa berat nk meninggalkannya..
Mereka hanya memerhatikan sahaja pusara dia...
Aku tau mereka lagi terasa....
Sbb mereka tau tanggungjawab sudah bertambah....

Kenduri untuk dia kami laksanakan 3 malam berturut2....
Tapi aku terasa sayu di saat malam yg ketiga...malam itu malam jumaat...
Aku tersedar dari tidur...Ku lihat jam 4 pg...
Aku menutup mata n tiba2 aku terasa bahu disentuh n digosok...
Aku hanya tidur berseorangan shj mlm itu...
Aku hanya berkata "Ya Allah, kalau itu abah yg menyentuh bahuku....aku redha....aku x berani nk mebuka mata"
Aku memang dpt merasakan itu adalah abah yg menyentuhku...
Ya Allah, kalau itu abah...Alhamdulillah, aku dapat merasakan kehadirannya....
Semoga abah tenang di sana...

Dalam masa kenduri itu, aku x menangis pun...
Air mata aku tak tumpah....
Aku perlu begitu sbb aku tau aku kena buat begitu..
Tak perlu meratap kehilangannya..

Tapi air mata aku tumpah saat aku berangkat pulang ke kl pd hari Sabtu itu, 11 April 2009....
Saat aku mencium tangan kakak aku...dia memesan jaga diri molek...
Aku dah terasa sebak...
Tiba giliran mak aku, aku memeluk dia n aku cakap jaga diri molek..
Air mata aku dah nak keluar tapi aku dapat tahan...
Terus cepat2 aku naik motor....
Sbb adik aku yg lelaki sudah tggu...
Lagipun aku takut kalau lama aku disitu, takut air mata aku mengalir...

Di atas motor, aku menangis...
Aku terasa kerana biasa dia yg akn hntr aku nk naik bas kalu aku balik ke kl...
Tapi dia dh x ader...
Tak akan ader org yg akan hntr aku lagi kalu nk naik bas...
Yang paling aku x sempat adalah aku nk dia jadi wali untuk aku ms kahwin nnt...
Aku nk dia yg nikahkan sendiri aku...
Aku tak nak tok kadi yang buat...
Tapi.....

Saat aku naik bas, air mata aku mengalir lagi...
Terbayang2 saat semasa dia masih ada...
Kalau kebetulan aku balik n masa tuh ader perlawanan bola sepak tgh2 mlm...
Dia akan menyuruhku membuat ait teh o untuknya....
Tapi sekarang dah x ader org yg akan menyuruh aku membuat air itu...
Terbayang2 mata kail di rumah...Dah xder org yg akan pergi mengail tgh mlm2 buta...
Kami sekeluarga dah x akan dpt merasakan sotong yg dibawa pulang bila tiba musim mencandat sotong...
Masih terbayang2 lagi keenakan sotong yg dibawa pulang oleh dia...
Walaupun itu sudah beberapa tahun yg dulu...

Ya Allah, byknya kenangan dia ngn keluarga aku...
Kami mmg terasa kehilangan dia...
X dpt dibayangkan mcm mn tahun ini berpuasa n beraya tanpa kehadiran dia...
Macam mana....
Terbayang2 saat dia sakit...terlantar sahaja dia atas katil...x boleh bergerak langsung...
Terbayang2 juga saat dia mahu mengerakkan kepalanya tapi x dapat...dan saat itulah aku dapat melihat air matanya mengalir...
Ya Allah, saat ini air mata aku mengalir tak henti2...
Kuatkanlah aku...

Semoga roh arwah abah tenang di sana....

Al-Fatihah untuk arwah abah aku, Allahyarham Mohd Mustapha Bin Awang, 59 tahun yang pulang ke rahmatullah pada 6 April 2009 jam 9.05 malam di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu akibat sakit jantung dan juga paru-paru berair selain terkena angin ahmar. Allahyarham pergi pd malam 11 Rabiulakhir 1430 Hijrah dan dikebumikan pada 7 April 2009, 11 Rabiulakhir lebih kurang jam 11.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Felda Kerteh 06, Ketengah Jaya, Terengganu. Hari ini, 14 Jun 2009 sudah 69 hari arwah pergi meninggalkan dunia ini.